Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia berfungsi sebagai benteng kedua pertahanan negara. Penyertaan generasi muda di dalam Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia sejajar dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) seperti termaktub di dalam Dasar Pertahanan Negara. HANRUH akan berjaya jika semua sumber negara termasuk sumber manusia terlibat di dalam aktiviti yang menyumbang kepada ketahanan nasional.
Terdapat tiga Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia :
Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia telah distruktur semula kepada komponen seperti berikut :
Keanggotaan Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat sama ada daripada sektor kerajaan atau swasta, golongan profesional, pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Politeknik dan Kemahiran. Disamping bertugas sebagai guru, usahawan, pengurus bank, jurutera, pekerja kilang dan sebagainya, mereka memilih untuk menjalani hidup yang penuh cabaran iaitu sebagai sukarelawan di dalam Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia pada masa lapang.
Rejimen Askar Wataniah, Tentera Darat (RAW).
Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM)
Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM)
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Apakah syarat-syarat umum yang diperlukan untuk menyertai Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia? Individu yang ingin berkhidmat dalam mana-mana Pasukan Simpanan Sukarela sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Mempertahankan negara adalah tanggungjawab setiap warga. Jika anda terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di pasukan-pasukan berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen berikut:
CARA PERMOHONAN
Anda hanya perlu memenuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan dan hubungi atau terus melapor ke pasukan-pasukan yang berhampiran di tempat anda.
LATIHAN
Setelah urusan permohonan anda diterima. Anda akan dipanggil untuk menjalani latihan ketenteraan.
Latihan Perajurit Muda
Setiap anggota Perajurit Muda perlu menjalani latihan asas ketenteraan selama 30 hari berterusan atau melalui Latihan Tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Prebet/ Laskar Muda atau Laskar Udara.
Latihan Tempatan
Latihan dilaksanakan di lokasi berdekatan kediaman anggota. Latihan dijalankan pada masa yang sesuai terutama pada hujung minggu. Tempoh latihan ialah antara 2 hingga 12 jam sehari. Jumlah latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 360 jam setahun.
Latihan Berterusan
Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam.
Latihan Tahunan
Latihan ini dijalankan secara berterusan pada setiap tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan. Tempoh latihan tersebut tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu. Latihan dilaksanakan secara berkumpulan dengan mengaplikasikan ilmu tentera laut yang diperolehi sepanjang tahun.
KEMUDAHAN MENYERTAI PASUKAN SIMPANAN SUKARELA
Apakah yang anda perolehi apabila menyertai Pasukan Simpanan Sukarela ATM?
ELAUN SEMASA LATHAN
Elaun Latihan Tempatan
Dibayar mengikut jam latihan.
Elaun Latihan Berterusan
Dibayar apabila menghadiri latihan berterusan mengikut kadar gaji pangkat semasa dan mengikut jumlah hari yang hadir.
Elaun Tahunan (Bounti)
Dibayar kepada anggota yang layak berdasarkan tahap keaktifan latihan dalam satu tahun.
ANDA BERMINAT DAN INGIN MENYAHUT CABARAN?
Sila hubungi unit-unit Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia yang terdekat dengan tempat tinggal anda.
Pm
ReplyDeletelokasi cik di mana ya..?
Deletesiapa buat blog ni>?/...update please...
ReplyDeleteWhat is the difference between casino games and slots?
ReplyDeleteSlot poormansguidetocasinogambling.com games are https://febcasino.com/review/merit-casino/ the most popular types of casino games, and jancasino.com the majority are slots. and the febcasino.com most commonly 출장마사지 played slot games.