Sunday, 25 January 2015

SEJARAH PENUBUHAN PASUKAN

SEJARAH PENUBUHAN PASUKAN

1.                     Sejarah penubuhan pasukan 11 Kompeni Angkut (AW) bermula pada 1 Januari 1952 apabila Company ‘A’ Federated Malaya Volunteer Army Service Corp (FMVASC) ditubuhkan dan kemudiannya dinamakan 11 Kompeni Angkut (AW). Pada tahun yang sama juga ‘B’ Company FMVASC telah ditubuhkan di Ipoh dan sekarang dikenali sebagai 12 Kompeni Angkut (AW) dan ‘D’ Company FMVASC di Kuala Lumpur sekarang dikenali sebagai 13 Kompeni Angkut AW. Ketiga-tiga kompeni inilah yang menjadi perintis yang dikenali sebagai ‘Service Corp Of The Territorial Army. Markas Kompeni bagi ketiga-tiga kompeni telah ditubuhkan ditempatkan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada tahun yang sama.

2.                    Pasukan ini iaitu ‘Company A FMVASC’ seterusnya telah diwartakan pada tahun 1963 dengan Nombor Perjawatan adalah FED (M)/3064/2/63(AW). Pembinaan kem ini telah dimulakan pada tahun 1950 dan siap sepenuhnya pada bulan Mei 1951 di atas tapak tanah Kerajaan Negeri dengan keluasan 3 hektar. Seterusnya telah diduduki mulai Januari 1952 dan dirasmikan oleh Mejar Jeneral L.E.C.M Prowne C.B.L.b.e. iaitu GOC 17th Gurkha Divison.

3.                    Infrastruktur yang terdapat dalam kem ini pada awalnya adalah padang kawad, 12 buah bangunan untuk pejabat serta stor dan sebuah garaj kenderaan. Walaubagaimanapun, pada hari ini bangunan yang tinggal untuk pasukan ini adalah sebanyak 3 bangunan, yang lain telah diambilalih oleh pasukan Siri 500 Askar Wataniah yang ditubuhkan pada tahun 1954. Bangunan yang ada iaitu JKR AB 1320 menempatkan Pejabat Tadbir serta bilik darjah, JKR AB 1319 stor pasukan dan JKR AB 1314 menempatkan DBK, MT serta garaj pasukan.

4.                    Pasukan ini pada awal penubuhan mempunyai 2 Platun iaitu Platun A dan B. Platun A adalah platun yang diletakkan di tempat sekarang iaitu di Kem Jalan Rasah, Seremban bersama-sama dengan pasukan Home Guard, manakala Platun B pula diletakkan di Melaka. Pasukan Home Guard yang ditempatkan bersama-sama paasukan ini kemudiannnya ditukarkan dengan nama Local Defence Corps (LDC). Seterusnya pasukan LDC telah digantikan oleh pasukan Siri 500 Askar Wataniah pada tahun 1954. Rejimen 508 Askar Wataniah yang bersama-sama menduduki pasukan ini kemudian telah diperbesarkan perjawatannya dan mengambilalih sehingga 80% bangunan asal serta kawasan kem.

5.                    Selepas Merdeka pada tahun 1957, kedua-dua Platun Kompeni A dan FMVASC telah ditempatkan di Kem Jalan Rasah, Seremban, Negeri Sembilan dan dikenali sebagai 11 Kompeni Angkut KP PSTD. Anak Malaysia yang pertama menjadi Ketua Kompeni adalah Mejar Tan Choo Ann dan Pegawai Staf Tetap (PSO) yang pertama poada masa itu ialah Kapt Poi yang telah memegang jawatan di antara tahun 1957 hingga 1962. Selepas itu, beliau digantikan oleh Kapt Tengku Syed Idrus iaitu Tengku Besar Tampin yang ada sekarang. Pada asalnya pasukan ini diletakkan terus di bawah kawalan Jabatan Arah Wataniah.  Seterusnya pada tahun 1980 apabila 11 Div PSTD ditubuhkan, pasukan ini diletakkan di bawah kawalannya. Bermula 1 Feb 1990, sejajar dengan penyusunan semula unit-unit Kor Perkhidmatan Askar Wataniah sehinggalah sekarang pasukan ini diletakkan di bawah pemerintahan pasukan 73 BN KPD.

6.                    Pada tahun 1963, semasa berlakunya konfrantasi di antara Malaysia dan Indonesia, anggota-anggota sukarela pasukan ini telah dikerah untuk berkhidmat sepenuh masa. Sebanyak 2 Platun ditumpangkan bersama-sama pasukan 5 Renjer yang bertempat di Port Dickson dan 1 Platun lagi ditumpangkan ke Kem Terendak, Melaka.  

7.                    Peristiwa yang kedua berlaku semasa tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei 1969 di mana pasukan ini telah dikerahkan sepenuhnya dengan kekuatan 1 kali Kompeni. Melalui kekuatan 1 kali Kompeni yang dikerahkan, 1 kali Platun ditumpangkan ke HQ MSC (AW) di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 1 kali Platun ditumpangkan bersama dengan 19 Kompeni Angkut di Port Dickson dan 1 kali Platun  dikekalkan di lokasi asal.


8.                    Kedua-dua platun ini mempunyai Pegawai Tempatan. Ketua platun sebelumnya adalah peladang-peladang Inggeris. Pegawai Pemerintah juga pada masa itu ialah seorang berbangsa Inggeris iaitu Pengurus Borneo Motor, Seremban. Beliau ialah Mej E.P. Sistern yang juga merupakan Pegawai Pemerintah yang pertama.

3 comments: