SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur di antara 18 ke 45 tahun.
- Mempunyai kelayakan akademik SPM bagi kategori Lain-Lain Pangkat.
- Mempunyai kelayakan akademik IJAZAH bagi kategori Pegawai.
- Sihat tubuh badan.
- Tidak mempunyai rekod jenayah.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Mempertahankan negara adalah tanggungjawab setiap warga. Jika anda terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di pasukan-pasukan berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Awam.
- Salinan Sijil Warganegara (Jika ada).
- Salinan Sijil Kelahiran.
- Salinan Sijil Nikah dan Surat Beranak Anak (Jika berkahwin).
- 4 Keping Gambar Warna Ukuran Pasport.
- Salinan Sijil-sijil Akademik/Tamat Persekolahan.
Selepas seseorang itu diiktiraf seabgai anggota Askar Wataniah mereka perlu menjalani aktiviti-aktiviti latihan seperti berikut:
- Latihan Tempatan. Latihan yang dijalankan secara individu di luar waktu kerja atau hujung minggu antara 3 hingga 10 jam sehari. Jumlah masa latihan tidak melebihi 240 jam setahun. Latihan dilaksanakan adalah latihan kawad senjata, ilmu medan perang dan rejimental.
- Latihan Berterusan. Latihan dibuat secara berterusan dengan memberi penekanan kepada Latihan Kolektif. Jangka masa latihan minimum 3 hari dan maksimum 14 hari. Ia adalah kesinambungan dari latihan tempatan dan dibuat secara berkelompok.
- Latihan Kem Tahunan. Ianya adalah latihan berkelompok untuk menguji tahap kecekapan anggota yang dilaksanakan selama 15 hari. Latihan yang dilaksanakan meliputi fasa kem dan medan.
- Untuk menyertai pasukan Wataniah anda hanya perlu melapor ke pasukan Wataniah Siri 500 yang terdekat dengan anda dan mendapatkan taklimat dokumentasi bagi tujuan permohonan kemasukan.
Sebarang Pertanyaan Sila hubungi:
Markas Tentera Darat
Bahagian Pasukan Simpanan
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
Tel: 03-26921333 Sambungan 3332 / 2283 / 2281 / 3330 / 3346 / 4401 / 2306
Faks: 03-26989235
sumber : http://army.mod.gov.my/
0 Coretan:
Post a Comment