Sunday, 31 January 2016

Askar Wataniah Angkatan Tentera Malaysia

PENGENALAN

Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia berfungsi sebagai benteng kedua pertahanan negara. Penyertaan generasi muda di dalam Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia sejajar dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) seperti termaktub di dalam Dasar Pertahanan Negara. HANRUH akan berjaya jika semua sumber negara termasuk sumber manusia terlibat di dalam aktiviti yang menyumbang kepada ketahanan nasional.

Terdapat tiga Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia :

  1. Rejimen Askar Wataniah, Tentera Darat (RAW).
  2. Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM).
  3. Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).

Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia telah distruktur semula kepada komponen seperti berikut :

  1. Pasukan Sukarela (Selepas Tauliah / Tamat Latihan Asas Ketenteraan)
  2. Pasukan Simpanan Angkatan Tetap (Bekas Pegawai dan LLP)
  3. Pasukan Kerahan Sepenuh Masa
  4. Pasukan Simpanan Pakar & Khusus
  5. Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) & Pasukan Latihan Anggota Simpanan (PLAS)
  6. Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)

Keanggotaan Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat sama ada daripada sektor kerajaan atau swasta, golongan profesional, pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Politeknik dan Kemahiran. Disamping bertugas sebagai guru, usahawan, pengurus bank, jurutera, pekerja kilang dan sebagainya, mereka memilih untuk menjalani hidup yang penuh cabaran iaitu sebagai sukarelawan di dalam Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia pada masa lapang.

Rejimen Askar Wataniah, Tentera Darat (RAW).

  • Elemen Tempur - Siri 500 AW, Kerahan Sepenuh Masa, Sasaran Penting & Kor Armor Diraja (AW).
  • Elemen Bantuan Tempur - Rejimen Semboyan Diraja (AW), Rejimen Artileri Diraja (AW), Kor Kesihatan Diraja (AW), Kor Risik Diraja (AW), Kor Polis Tentera Diraja (AW), Rejimen Askar Jurutera Diraja (AW).
  • Elemen Bantuan Perkhidmatan - Kor Perkhidmatan Diraja (AW), Kor Ordnan Diraja (AW), Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (AW).
  • Elemen Pakar - Rejimen Semboyan Diraja (AW) Rejiemen Askar Jurutera Diraja (AW).

Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM)

  • Cawangan Eksekutif
  • Cawangan Bekalan
  • Cawangan Kejuruteraan
  • Cawangan Pelaut (PAP, KOM dan PRL)
  • Cawangan Bekalan (PNK dan TNL)
  • Cawangan Teknikal (TMK, TLR dan TLS)

Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM)

  • Cawangan Urusetia
  • Cawangan Logistik
  • Cawangan Pengurusan Ruang Angkasa Raya / Operasi
  • Cawangan Kejuruteraan

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Apakah syarat-syarat umum yang diperlukan untuk menyertai Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia? Individu yang ingin berkhidmat dalam mana-mana Pasukan Simpanan Sukarela sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 18 hingga 45 tahun.
  • Sihat tubuh badan.
  • Lulus persekolahan sekurang-kurangnya SPM (Lain-lain Pangkat) atau lulus Diploma / Ijazah (Pegawai).
  • Penerimaan tertakluk kepada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah).

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN


Mempertahankan negara adalah tanggungjawab setiap warga. Jika anda terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di pasukan-pasukan berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen berikut:

  • 3 Salinan Kad Pengenalan Awam
  • 3 Salinan Sijil Warganegara (Jika ada).
  • 3 Salinan Sijil Kelahiran.
  • 3 Salinan Sijil Nikah dan Surat Beranak Anak (Jika berkahwin).
  • 4 Keping Gambar Warna Ukuran Pasport.
  • 3 Salinan Sijil-sijil Akademik/Tamat Persekolahan.

CARA PERMOHONAN

Anda hanya perlu memenuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan dan hubungi atau terus melapor ke pasukan-pasukan yang berhampiran di tempat anda. 

LATIHAN
Setelah urusan permohonan anda diterima. Anda akan dipanggil untuk menjalani latihan ketenteraan.

Latihan Perajurit Muda
Setiap anggota Perajurit Muda perlu menjalani latihan asas ketenteraan selama 30 hari berterusan atau melalui Latihan Tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Prebet/ Laskar Muda atau Laskar Udara. 

Latihan Tempatan
Latihan dilaksanakan di lokasi berdekatan kediaman anggota. Latihan dijalankan pada masa yang sesuai terutama pada hujung minggu. Tempoh latihan ialah antara 2 hingga 12 jam sehari. Jumlah latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 360 jam setahun. 

Latihan Berterusan
Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam. 

Latihan Tahunan
Latihan ini dijalankan secara berterusan pada setiap tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan. Tempoh latihan tersebut tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu. Latihan dilaksanakan secara berkumpulan dengan mengaplikasikan ilmu tentera laut yang diperolehi sepanjang tahun.

KEMUDAHAN MENYERTAI PASUKAN SIMPANAN SUKARELA

Apakah yang anda perolehi apabila menyertai Pasukan Simpanan Sukarela ATM?

  • Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang menyumbang kepada pertahanan negara.
  • Meneroka bidang baru iaitu melaksanakan aktiviti di laut.
  • Mempelajari kepakaran baru dalam Pasukan Simpanan Sukarela ATM.
  • Menambah keupayaan `Soft skills’.
  • Menambah kenalan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
  • Berpeluang melawat pasukan-pasukan lain.
  • Layak menyertai insuran berkelompok ATM.
  • Cuti tanpa rekod selama 30 hari dalam satu tahun apabila menyertai latihan (bagi kakitangan kerajaan sahaja).
  • Boleh dikerahkan untuk berkhidmat sepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam ATM bagi mereka yang layak.
  • Layak mendapat kemudahan membeli barangan PERNAMA.
  • Sajian dan penginapan percuma apabila terlibat dengan aktiviti latihan dan operasi.
  • Diberi elaun kehadiran dan elaun perjalanan ketika menghadiri latihan.
  • Diberi pakaian seragam percuma (LLP) atau elaun Pakaian (pegawai).
  • Mendapat rawatan perubatan dan pergigian percuma di mana-mana hospital kerajaan jika kemalangan berlaku semasa bertugas. 


ELAUN SEMASA LATHAN


Elaun Latihan Tempatan 
Dibayar mengikut jam latihan.

Elaun Latihan Berterusan
Dibayar apabila menghadiri latihan berterusan mengikut kadar gaji pangkat semasa dan mengikut jumlah hari yang hadir.

Elaun Tahunan (Bounti)
Dibayar kepada anggota yang layak berdasarkan tahap keaktifan latihan dalam satu tahun. 

ANDA BERMINAT DAN INGIN MENYAHUT CABARAN?
Sila hubungi unit-unit Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia yang terdekat dengan tempat tinggal anda.



Sunday, 25 January 2015

Apakah syarat-syarat umum yang diperlukan untuk menyertai Askar Wataniah?


Apakah syarat-syarat umum yang diperlukan untuk menyertai Askar Wataniah ?
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur di antara 18 ke 45 tahun.
  • Mempunyai kelayakan akademik SPM bagi kategori Lain-Lain Pangkat.
  • Mempunyai kelayakan akademik IJAZAH bagi kategori Pegawai.
  • Sihat tubuh badan.
  • Tidak mempunyai rekod jenayah.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Mempertahankan negara adalah tanggungjawab setiap warga. Jika anda terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di pasukan-pasukan berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen berikut:
  • Salinan Kad Pengenalan Awam.
  • Salinan Sijil Warganegara (Jika ada).
  • Salinan Sijil Kelahiran.
  • Salinan Sijil Nikah dan Surat Beranak Anak (Jika berkahwin).
  • 4 Keping Gambar Warna Ukuran Pasport.
  • Salinan Sijil-sijil Akademik/Tamat Persekolahan.
Selepas seseorang itu diiktiraf seabgai anggota Askar Wataniah mereka perlu menjalani aktiviti-aktiviti latihan seperti berikut:
  • Latihan Tempatan. Latihan yang dijalankan secara individu di luar waktu kerja atau hujung minggu antara 3 hingga 10 jam sehari. Jumlah masa latihan tidak melebihi 240 jam setahun. Latihan dilaksanakan adalah latihan kawad senjata, ilmu medan perang dan rejimental.
  • Latihan Berterusan. Latihan dibuat secara berterusan dengan memberi penekanan kepada Latihan Kolektif. Jangka masa latihan minimum 3 hari dan maksimum 14 hari. Ia adalah kesinambungan dari latihan tempatan dan dibuat secara berkelompok.
  • Latihan Kem Tahunan. Ianya adalah latihan berkelompok untuk menguji tahap kecekapan anggota yang dilaksanakan selama 15 hari. Latihan yang dilaksanakan meliputi fasa kem dan medan.
  • Untuk menyertai pasukan Wataniah anda hanya perlu melapor ke pasukan Wataniah Siri 500 yang terdekat dengan anda dan mendapatkan taklimat dokumentasi bagi tujuan permohonan kemasukan.
Sebarang Pertanyaan Sila hubungi:

Markas Tentera Darat
Bahagian Pasukan Simpanan
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
Tel: 03-26921333 Sambungan 3332 / 2283 / 2281 / 3330 / 3346 / 4401 / 2306
Faks: 03-26989235

sumber : http://army.mod.gov.my/

PENGLIBATAN DALAM OPERASI DAN LATIHAN

PENGLIBATAN DALAM OPERASI DAN LATIHAN

         Anggota-anggota pasukan ini pernah dikerah sepenuh masa ketika  berlakunya konfrantasi di antara Malaysiaa dan Indonesia dan semasa peristiwa 13 Mei 1969.

           Antara latihan dan eksesais yang disertai oleh pasukan adalah seperti berikut:

a.     Latihan Kem Tahunan 2001 (Ex Wira Pedati)
Latihan ini diadakan di Felda Serting Hilir dan sekitar kawasan Serting yang disertai oleh 10 x pegawai dan 70 x lain-lain pangkat pada  20 September 2001 sehingga 30 September 2001.

b.     Latihan Kem Tahunan 2002
Latihan ini telah diadakan di sekitar kawasan Negeri Sembilan yang disertai oleh 3 x pegawai dan 32 x anggota lain-lain pangkat poada 8 September 2002 sehingga 22 September 2002.

c.      Latihan Kem Tahunan 2003
Latihan ini telah diadakan di sekitar kawasan Negeri Sembilan yang disertai oleh 2 x pegawai dan 13 x anggota lain-lain pangkat poada 24 Jun 2003 sehingga 9 Julai 2003.

d.     Latihan Kem Tahunan 2005 (Eksesais Gabungan Lengking Watan)
Latihan ini telah diadakan di sekitar kawasan Negeri Sembilan yang mana anggota telah digabungkan dengan pasukan-pasukan Askar Wataniah di bawah naungan 3 Divisyen. Jumlah anggota lain-lain pangkat yang terlibat adalah seramai 36 orang.  Latihan ini dijalankan pada 15 Jun 2005 sehingga 29 jun 2005.

e.     Eksesais Gabungan Puma Watan
Disertai oleh 13 orang anggota lain-lain pangkat yang ditumpangkan ke 4 Kompeni Angkut KPD pada 5 Jun 2007 sehingga 18 Jun 2007.

KOMPENI SARJAN MEJAR (KSM) PASUKAN

KOMPENI SARJAN MEJAR (KSM) PASUKAN

Senarai Kompeni Sarjan Mejar pasukan adalah seperti berikut:

a.     Sjn Mejar Lewis                                                      - 1952 - 1957
b.     Sjn Yusuf                                                                 - 1957 - 1962
c.      PW II Tahir                                                              - 1962 - 1968
d.     PW II Nik Mat                                                          - 1968 - 1970
e.     PW II Nordin                                                            - 1970 - 1975
f.       PW II Abdullah Sidek                                              - 1975 - 1980
g.     PW II Muhamad bin Mahat                                      - 1980 - 1985
h.     PW II Ibrahim bin Tahir                                           - 1985 - 1988
i.        PW II Ahmad Shabli bin Shamsudin                        - 1988 - 1990
j.       PW II Kamarudin bin Mohd Isa                                - 1990 - 1991
k.     PW II Abu Kari bin Jasin                                          - 1991 - 1995
l.        PW II Abas bin Yusuf                                               - 1995 - 1998
m.  PW II Yunos bin Mohd                                              - 1998 - 2001
n.     PW II Azmi bin Abu Bakar                                        - 2001 - 2002
o.     PW II Mohammed Yassin bin Samsudin                   - 2002 - 2005
p.     PW II Abg Akral bin Abg Laduni                              - 2005 - 2007
q.     PW II Balakrishnan AL Apau                                     - 2007 - 2008
r.      PW II Ramli bin Safuan                                              - 2008 - 2010
s.      PW II Fazuli bin Ahad Menshi                                   - 2010 - 2012
t.       PW II Mohamad Ali bin Paee                                     - 2012 - sekarang